SHALAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT.
(Orang
ISLAM wajib baca)
Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk
dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk
dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminyamarah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapatmenahannya
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan
semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang
buruk."